Read Cinta Pertama by Norhayati Berahim Online

cinta-pertama

"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"Sinopsis Belakang buku :Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Sel"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"Sinopsis Belakang buku :Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?...

Title : Cinta Pertama
Author :
Rating :
ISBN : 9831241193
Format Type : Paperback
Number of Pages : 520 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Cinta Pertama Reviews

  • Gobokairina
    2018-10-13 18:48

    Novel banyak mengimbau kenangan sebenarnya [bukan cerita cinta pertamaku ok!]. Ingat lagi aku baca CP ketika berumur 17 tahun. Eh, dah hampir tujuh tahun berlalu dan tak sangka jodoh dengan novel ini masih ada :D Walaupun aku beli hanya buku secondhand tak mengapa, apa yang penting kenangan itu yang tak mungkin bisa dibeli di mana-mana. Dan bila aku dapat je novel ni, sanggup aku tinggalkan novel lain hahahaNurul Iman [Iman] anak gadis yang cantik dan manis manakala Carl Zafran [Carl] pula seorang lelaki tampan kacukan Melayu dan Sepanyol. Kedua-dua kali pertama bertemu di padang kuda. Tetapi tak sangka jodoh antara berduanya masih panjang. Mereka bertemu lagi di Chazz Sdn Bhd, di mana Iman ditawarkan sebagai pegawai pemasaran di bawah seliaan Carl; pengurus syarikat tersebut.Carl lelaki yang sukar dijangka. Ada masanya lembut dan mesra tetapi ada masanya dingin dan beku. Dia memandang rendah akan kebolehan perempuan. Dalam masa yang sama dia menganggap semua perempuan itu sama jahatnya seperti ibunya. Dan sebab itu dia melayan Iman agak kasar.Projek pertama Iman menemukan dia dengan Pak Tabib atau Ayah Mad [Dr Rahmat], teman rapat keluarga Carl. Iman jadi senang dengan Pak Tabib. Hubungan mereka berdua semakin rapat. Pak Tabib kemudiannya memperkenalkan Iman dengan Pakcik Razali yang juga mahukan pemasangan CCTV di rumahnya. Saat itu Iman bertemu dengan Carl. Memang tak sangka yang Pakcik Razali itu adalah ayah Carl. Pertemuan yang tak disangka itu menimbulkan perbalahan kecil antara mereka berdua.Iman yang pergi outstation disangkakan merajuk. Carl susah hati. Dan di saat ini baru dia menyedari sudah ada cinta yang bertunas di hati. Sekuat hati Carl untuk mengetepikan kehadiran cinta itu, semakin rindunya pada Iman. Dari hari ke hari Carl makin berubah lakunya. Dia menjadi lebih mesra. Semuanya kerana Iman.Namun cintanya tidak kesampaian bila Iman ditunangkan dengan Muaz; kenalan rapat Dr Afifah; ibu Iman. Memang Iman tak mahu tetapi bila melihat Carl yang terlalu biasa, dia jadi segan. Disangkanya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Tetapi siapa tahu luka di hati Carl? Carl terpaksa membawa diri apabila mendengar perkhabaran itu. Hatinya benar benar terseksa.. Dia keliru adakah cinta pertamanya telah hadir?Iman cuba menyembunyikan rasanya. Dia kini menyandarkan semua harapan pada Muaz. Belajar untuk menyayangi dan menyintai bakal suami. Namun dugaan tiba lagi. Iman bertemu dengan Muaz yang keluar daripada bilik adik tirinya; Miza. Hatinya hancur. Dan ia lebih hancur apabila mengetahui yang Encik Ahmad bukanlah ayah kandungnya. Iman bertindak melarikan diri. Dan di rumah Pak Tabib dia mengadu.Pak Tabib kasihan melihat Iman yang tak henti-henti menangis. Sudahnya dia menghubungi Carl. Aku suka scene Carl memujuk Iman. Bukan setakat pujuk je siap buat sesi luahan perasaan lagi hik3 lalala5 :P Apa yang pasti kesudahan cerita ini memang best. Terlalu banyak kebetulan yang menjadikan cerita ini lebih manis. Untuk makluman novel ini sudah pun diangkat menjadi drama yang bertajuk ‘Tak Tercapai Akalmu’ dan pernah disiarkan di TV1.Ps: Beli online di Syida. Thanks.

  • kuzzeen
    2018-09-22 20:48

    ....... :)Mcmna nak review CINTA PERTAMA ni ye? Guna perumpamaan lah....senang cerita sikit.Rasa macam ditarik ke zaman Nokia 3310 (kat tempat aku dipanggil 33sekupang). Ringkas, menyenangkan, tiada hassle-massle yang menyemakkan kepala. Lepak je masa guna....Begitu juga dengan novel ini. Tiada air mata yang mengalir dek konflik yang berbelit-belit. Tiada ketawa mengekek-kekek dek ayat kelakar yang bombastik. Jalan cerita yang simple, smooth journey.... Yg ada cuma senyum segaris bila ditemukan dengan keangauan si Carl. Dan aku sukakan lakaran watak Nurul Iman. Gadis yang istimewa dengan cara sederhana. (for me).... Cinta Pertama jika 'dilahirkan' semula mampu lebih menyentuh pembaca. Rencah yang diadun secukup rasa, kasih sayang, cinta, benci, dendam, kemaafaan, pengorbanan...etc etc TAPI.... Cinta Pertama adalah Nokia 33sekupang, so x perlu mengharap ia akan jadi Samsung Galaxy Note. So, terimalah ia seadanya....

  •  Kak Zie
    2018-09-26 18:59

    Lama sungguh aku biarkan buku ni tidak berbaca. Bukan apa. Dulu aku pernah tengok drama yang diadaptasi dari novel ni. Masih ingat lagi pelakon utama dia seperti Lisdawati, Adi Putra dan Mahmud Ali Basha. Tapi jalan cerita memang aku tak ingat langsung. Tak ingatpun fasal ayah Iman yang beristeri dua tu. Cuma ingat yang Carl dan Iman minat menunggang kuda tu je dan juga lokasi rumah Dr. Rahmat di Taman Perling. Haha.Sambil baca, ternampak muka Lisdawati. Sambil baca, terbayang muka Adi Putra. Hahaha. Sebab tu la aku kurang suka jika novel dijadikan drama adaptasi lebih-lebih lagi jika novel tu aku dah beli tapi aku belum baca lagi. Tapi jika aku sudah terlebih dahulu baca novelnya, memang takde la aku nak layan drama adaptasi tu kecuali jika drama tu betul-betul hidup seperti di dalam novel.

  • Ras
    2018-10-12 23:03

    Setakat ni tak pernah lagi rasanya saya baca buku yang heronya datang ke rumah family heroin dalam pukul 2 ke 3 pagi untuk melamar secara tak rasmi.Tapi Carl Zafran dah buktikan tak da apa hal lah. Boleh saja yang penting hasrat tertunai. Amboi Carl Zafran tak sabar sungguh.Jalan cerita yang sudah boleh dijangka pengakhirannya. Pembaca boleh saja memilih untuk tetap setia membaca dengan penuh teliti setiap bab atau baca secara scan2 saja sebab semuanya boleh dijangka.Bacaan santai yang saya boleh tinggalkan sekejap untuk bancuh kopi atau teh sebab konfliknya yang ringan. Tak perlu susah hati fikirkan apakah penamatnya.

  • kuzzeen
    2018-10-09 18:46

    Akhirnya Carl Zafran jatuh dalam 'pelukan' ;PX leh nak mereview sbb kalu mereview, pasti nak bandingkan dengan naskah asal keluaran Alaf 21.X leh nak review sbb x leh nak recall naskah yang itu. Pinjam library pulak tu. X leh nak bagi analogi sebab semua h/p sekarang style kuis-kuis jari, x main la tekan2!Peace

  • Puteri
    2018-10-19 20:03

    Best sangat novel ni.. baca dah lama dah..nak carik balik tapi susah nak jumpa..

  • Ika
    2018-09-23 17:49

    bedt

  • IntanMusa
    2018-10-11 18:09

    Nurul Iman (Iman) seorang gadis yang manja, tenang dan suka ketawa. Carl Zafran pula tidak percaya pada perempuan dan cinta kerana kisah silamnya. Mereka berdua tanpa sedar telah jatuh cinta tetapi pengetahuan itu agak terlambat kerana Iman telah ditunangkan dengan Muaz. Walaupun Iman tidak ada sekelumit perasaan terhadap Muaz tapi dia reda dengan pertunangan itu kerana mahu menggembirakan hati uminya. Carl pergi jauh untuk cuba melupakan Iman. Hati mereka semakin tertekan. Muaz pula sangat mengongkong dan bersikap keras dengan Iman. Suatu hari Iman terkejut melihat Muaz keluar dari bilik adik tiri Iman, Miza. Iman melarikan diri ke rumah Dr Rahmat atau Pak Tabib. Pak Tabib memanggil Carl untuk memujuk Iman. Pada malam itu, mereka meluahkan perasaan masing-masing. Carl terasa sangat bahagia lalu ke rumah Iman untuk memberitahu umi Iman akan keadaan Iman sambil melamar Iman. Mereka mengikat tali pertunangan. Iman perlu mencari ayahnya yang sebenar untuk menjadi walinya. Akhirnya, Iman ditemukan dengan ayah kandungnya. Dia adalah Pak Tabib sendiri, orang yang rapat dengan Iman selama ini. Umi dan Pak Tabib reda akan ketentuanNya. Walaupun masih ada rasa cinta dan sayang antara mereka berdua, mereka akur bahawa jodoh mereka sudah tiada. Umi, ayah tirinya, Pak Tabib dan ayah Carl semua menumpukan kasih sayang dan perhatian mereka kepada Iman dan Carl agar mereka bahagia selalu. Banyak nasihat yang mereka beri agar kesilapan lama tidak berulang lagi. Rumahtangga Iman dan Carl penuh dengan kasih sayang dan gelak ketawa. Mereka akur bahawa semua yang telah terjadi ada hikmahnya dan perjalanan hidup mereka telah diatur dengan sempurna oleh Nya.

  • F. Hanim
    2018-09-20 20:47

    Mukadimah yang saya baca sekilas di belakang buku sangat menarik tetapi watak Carl Zafran yang tak percaya pada cinta tu macam sedikit kurang ummph! Saya membayangkan Carl ini seorang yang penyendiri, dingin yang super dingin, tidak gentlemen walaupun kuat pegangan agama (wujudkah?) paling kurang pun pikir dua tiga kali sebelum cakap pada perempuan. Mungkin imaginasi saya dah sampai peringkat introvert tertinggi hahah. Penulis juga mungkin nak mengenengahkan idea yang "the world doesnt just revolves around you my dear" jadi dia dragged sedikit (hampir banyak) cerita pasal keluarga watak watak utama, yang kadang-kadang ended up jadi annoying. Dipaksa bertunang oleh ibu sendiri si pemegang PhD, arghh sakit juga hati nak baca. Macam, "seriously umi?" Tapi saya suka panggilan Ayah Mat, rasa dekat je in comparison to pakcik. Agak banyak benda sekilas pandang sedikit ironi dalam novel ni. Iman jelek apabila dipanggil sayang oleh Muaz waktu pertama kali dihubungi, tetapi rilek juga bila Carl panggil dia sayang sejurus confession dalam bilik. Mungkin hati dah suka ya. Bab-bab akhir agak mushy, cringe worthy, cheesy and draggy, tak sabar nak habiskan. Bila dah habis, saya tahu Carl Zafran dalam imaginasi saya tak kesampaian. Imaginasi tu penting ya.Dua setengah bintang, tambah setengah bintang sebab novel ni introduce lagu Michael Learns to Rock yang best. Haha.- Saya tak pernah paham kenapa drama yang diadaptasi dari novel ni diberi tajuk, "Tak Tercapai Akalmu"

  • lolololo
    2018-09-21 15:12

    Novel pertama yang saya baca di bangku sekolah. Sesuai dengan tajuknya. Cinta pertama. Novel ini dibaca semasa saya darjah 6..Baca sekali lalu. Kalau melangkah muka surat tu, biasalah. Budak sekolah alah dengan buku tebal agaknya? Ceritanya ada walaupun penceritaan mudah . Tak terlalu berat. Sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Khusus bagi yang mula mahu mendekati dunia novel. Walaupun ringkas, namun tiada unsur kemanisan melampau dalam percintaan? Sesuatu yang susah kita nak dapat sekarang. Zaman sekarang, kita digula-gulakan dengan babak romantik lentik-lentik daripada dibebani sebarang konflik. Nasib baik sekarang bukan zaman saya sekolah. Kalau tidak semua novel yang muka depannya comel akan saya baca. Walhal isinya Nauzubillah. Untuk yang dewasa-dewasa sahaja.Jadi faham-fahamlah. Jadinya novel ini just nice untuk dibaca. Kisah cinderella yang mudah. Tak menyakitkan hati mahupun mendera emosi.Dijamin tiada kahwin kontrak segala. Tapi watak prince charming yang super perfect tu haruslah ada. Kira berbaloilah untuk dibaca. 'Klasik' namun moralnya terpelihara :)

  • azian2575
    2018-10-06 14:46

    Nurul Iman & Carl ZafranCarl Zafran..Baginya, semua perempuan adalah sama!Tidak boleh diberi muka dan dimanja, suka mengambil kesempatan dan menyakiti hati orang lelaki!Dia benci perempuan kerana dia benci mamanya!Terkesan kerana papanya dikhianati oleh mamanya..Semenjak itu, dia tak pernah percaya pada cinta..Baginya cinta tidak pernah wujud..Namun, sejak berjumpa Nurul Iman, dia yakin dan sedar..Nurul Iman dikaguminya dalam diam dan tidak sedar..Nurul Iman lain dari perempuan lain..Dia tidak pernah mintak apa-apa..Malah kalau dimarah pun, dia tetap akan tenang..Cinta sebenarnya masih kukuh di jiwa manusia, masih lagi luhur dan suci..Nurul Iman..Pertama kali dia jatuh cinta dan syukurlah cinta suci itu terus menjadi miliknya..Dia berharap cinta itu akan terus abadi..

  • Nonieღserenity2bliss
    2018-10-17 18:55

    Cerita dia biasa-biasa ajer. Boleh lar layan time tak ada apa nak buat. It can be considered as an easy-breezy read sebab konflik pun tak ada. Kalau ada pun, tak besar and tak problematik sebab memang dah tahu ia akan belaku. It's just a matter of when. Ceritanya pun taklah romantik mana. Pendek kata, semuanya ala kadar sajalah.

  • Nurul Hanisa
    2018-10-04 20:51

    saya panggil ini novel elit. novel pertama yang saya baca dan novel pertama yang mengajak saya membaca novel-novel lain. garapan bahasa, plot cerita masih segar lagi dalam kepala saya. kalau x silap dah pernah didramakan.

  • Azmir Ismail
    2018-10-10 19:49

    One of the best modern Malay love novels ever :) A bit slow , but packs a satisfying finish :)

  • Marta Dafid
    2018-10-03 21:01

    novel melayu pertama yang saya baca.... membuatkan saya jatuh cinta pada karya-karya novelis melayu sehingga kini..thank you Norhayati Berahim..

  • Nuratiqah
    2018-09-28 23:01

    Buku pinjam dari jiran. Lepas baca buku ni, bukak tv, RTM dah buat Drama. tapi lagi best baca buku !

  • Que Razali
    2018-10-05 14:56

    Membaca novel ini (versi cetakan 2013 - NBKara) sungguh menenangkan jiwa. Kisah yang ringan saja. Sentuhan NB masih tetap berbisa!

  • Lau King Hua
    2018-09-29 20:05

    read this years ago... i think i quite like it .