Read Rindu by Norhayati Berahim Online

rindu

Akukah isteri yang kadang waktu gagal memahami hati seorang suami. Alpa di dalam menentukan letak duduknya diri. Syurgakah buatku andai ketentuanMu kugadai di kaki takdir. Sedang diri ada kalanya tidak upaya menentukan baik buruk tiap perhitungan. Suami... sukarnya memahami erti sebuah kasih sayang kiranya apa yang kau hadiahkan adalah diari derita sebuah perkahwinan......

Title : Rindu
Author :
Rating :
ISBN : 9789838934084
Format Type : Paperback
Number of Pages : 266 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Rindu Reviews

  • Mai
    2018-11-15 06:08

    Pernah membaca buku ini beberapa tahun yang lalu,cuma tidak perasan sangat bila membacanya kembali,terasa berbeza, Kisah Nina yang berkahwin dengan Kamarul atas permintaan ibu saudaranya yang telah memelihara Nina semenjak kematian kedua orang tuanya.Nina amat mencintai Kamarul yang sememangnya membenci Nina dan sudah mempunyai kekasih hati sendiri,Nina didera secara zahir dan batin sepanjang perkahwinan itu akhirnya Nina memutuskan untuk membawa diri dan menjauhi semua orang, pemergian Nina membuat Kamarul sedar tentang perasaanya sendiri,tapi dah sedar-sedar itu boleh pula dia berkahwin lain atas alasan mahu melupakan Nina.Seperti kebiasaanya karya yang memaparkan semangat kental seorang wanita menghadapi dugaan hidup,yang penting "Happy Ending"

  • IntanMusa
    2018-12-15 06:18

    Nina telah kehilangan kedua orang tuanya sedari kecil dan dia di pelihara oleh bapa dan ibu saudaranya, Datuk Razak dan Datin Maimun. Harta serta perniagaan bapanya diamanahkan kepada Datuk Razak untuk dijaga dan dikembangkan. Bila sudah dewasa, Nina berkahwin dengan Kamarul, anak Datuk Razak. Nina menerima perkahwinan itu kerana dia memang ada menyimpan perasaan sayang pada Kamarul. Malangnya, tidak bagi Kamarul. Malah dia sudah ada kekasih hati. Lalu, Nina di dera zahir dan batin. Ada beberapa kali Nina pergi kerja dengan muka yang bengkak dan bibir yang pecah. Namun tidak pernah mengadu. Suatu hari, Kamarul kemalangan dengan kekasihnya. Kekasihnya meninggal dunia. Nina merawat Kamarul sehingga sembuh. Tetapi hatinya perit bila Kamarul sentiasa mengingati kekasihnya. Setelah dua tahun, Nina pergi membawa diri membawa anak dalam kandungan. Dia tidak dapat dijejaki. Dia mulakan hidup baru di Johor Baru. Bersama Azie, dia bina impiannya, iaitu sebuah kolej komputer. Nina melahirkan Afnan. Nina membesarkan Afnan bersama Azie. Nina masih memantau perkembangan perniagaan milik Datuk Razak dan sentiasa memberi pertolongan. Perniagaan Datuk Razak berkembang maju dengan pertolongan Nina. Pada suatu hari, Nina dapat tahu Datin Maimun sakit tenat. Nina menderma ginjalnya. Setelah empat tahun berlalu, Nina pulang untuk mengenalkan anaknya kepada Datuk dan Datin. Kebetulan juga, Kamarul baru menceraikan isteri keduanya, Linda. Linda menyalahkan Nina atas keruntuhan rumahtangganya dengan Kamarul. Kamarul menjejak Nina sehingga ke Johor. Dia memujuk Nina untuk pulang ke pangkuan keluarga. Dia gembira apabila dapat tahu dia mempunyai anak. Akhirnya, Nina pulang ke KL. Tetapi di sana, Afnan di langgar oleh Linda lalu meninggal dunia. Kamarul menyesal kerana dia punca kehilangan Nina suatu masa dulu dan sekarang anaknya, Afnan. Kamarul berubah menjadi lebih prihatin dengan Nina dan mereka dikurniakan anak kembar.

  • MamaErra
    2018-12-03 11:11

    walaupun dah pernah baca... tapi tetap mahu mengulanginya

  • Liebe
    2018-11-22 07:06

    Karya Norhayati Berahim yg pertama menjadi santapan saya.Jalan cerita yg sangat sangat simple. Tetapi gaya bahasa yg sangat win. Lembut dan halus.Itu yg membuat kita terus terikat hingga ke titik penamat.

  • Ellysha Samad
    2018-11-16 06:04

    Hidup ini memang tidak dapat dijangka,macam hujan juga.Kadangkala kita rasa panas hingga ke petang,tapi hujan di tengahari.Tapi lepas hujan turun,pelangi akan muncul bersama warna warni yang cantik dan menarik.Saat ini alangkah indahnya pelangi petang...

  • Cik Aini
    2018-12-15 07:57

    Membacanya semula ketika berada di kampung.